PRK Pulai: 90 peratus keluar undi awal

Antara anggota polis yang menunaikan tanggungjawab dalam undi awal PRK Pulai. - Foto SPR
Antara anggota polis yang menunaikan tanggungjawab dalam undi awal PRK Pulai. - Foto SPR
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 90 peratus pengundi awal keluar yang terdiri daripada anggota polis menunaikan tanggungjawab mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak memaklumkan, jumlah keseluruhan pengundi awal P161 Pulai adalah seramai 831 orang.

"SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

PRK Pulai diadakan serentak dengan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada Julai lalu.

SPR telah menetapkan Sabtu ini sebagai hari mengundi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!