Alasan lepas tanpa bebas Ahmad Zahid kukuh - Jabatan Peguam Negara

Laporan Sinar Harian pada Isnin.
Laporan Sinar Harian pada Isnin.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Jabatan Peguam Negara menegaskan permohonan untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) terhadap 47 kes yang dihadapi oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah berdasarkan alasan yang telah dikemukakan dan diterima mahkamah.

Menerusi kenyataan pada Selasa, Jabatan itu memaklumkan semasa membuat keputusan, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menyatakan alasan- alasan yang dikemukakan pendakwa raya adalah kukuh (cogent).

Kenyataan tersebut dikeluarkan jabatan itu bagi menjawab laporan media yang menyifatkan tindakan Peguam Negara itu sebagai tidak bermoral.

Pada Isnin, Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar berhujah dengan mengemukakan 11 alasan mengapa Presiden UMNO itu perlu DNAA.

Antaranya, pihak pembelaan memanggil 15 saksi termasuklah tertuduh sendiri.

Pihak pendakwaan berpendapat bahawa keterangan saksi-saksi tersebut perlu diteliti oleh mereka dan juga pasukan penyiasat.

Ahmad Zahid telah mengemukakan dua Surat Representasi kepada AGC masing-masing bertarikh pada 8 Disember 2022 dan 25 Januari lalu.

Lanjutan daripada representasi yang dikemukakan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 20 Januari 2023, memaklumkan kepada AGC bahawa adalah penting untuk siasatan lanjut yang lebih terperinci, mendalam dan menyeluruh dibuat.

Artikel Berkaitan:

Surat Representasi Ahmad Zahid turut menyentuh isu berkenaan siasatan terhadap tertuduh sebelum, semasa dan selepas dituduh di mahkamah yang dikatakan dibuat secara terburu-buru, cuai, pramatang dan tidak lengkap.

Terdahulu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan Peguam Negara menghentikan prosiding ke atas Ahmad Zahid sebagai tidak bermoral.

Ia kerana pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu dengan mengemukakan keterangan berdokumen dan 99 saksi.

Ahmad Zahid dibicarakan atas 47 pertuduhan iaitu lapan tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendakwaan mahu hentikan prosiding kes terhadap Ahmad Zahid

Kes Zahid: Muda adakan mesyuarat tergempar - Syed Saddiq

Kes Zahid: Rasuah Busters tuntut kerajaan kotakan kata

Kes Zahid: Pimpinan Kerajaan Perpaduan perlu nyatakan pendirian - Muda

Kes Ahmad Zahid: Gerakan tuntut penjelasan

Kes Zahid: Muhyiddin persoal tindakan Peguam Negara

Idrus Harun diminta beri penjelasan kes Ahmad Zahid - Anthony Loke

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!