'Fatwa' politik: Muhyiddin beri keterangan pada polis Isnin depan

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis akan merakam percakapan terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin depan bagi membantu siasatan berhubung ucapannya berkaitan 'fatwa' haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sudah berhubung dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) tersebut.

"Rakaman percakapan terhadap Muhyiddin dijadualkan di KL Sentral pada jam 10 pagi, Isnin depan.

"Pada masa ini terdapat dua laporan polis diterima berhubung isu yang sama dan salah satu report diklasifikasikan sebagai Refer Other Report (ROR)," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Sebelum ini, media melaporkan Muhyiddin dalam ucapannya menyatakan 'fatwa' haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat, pada Sabtu ini.

PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

Dalam perkembangan lain, Ayob Khan menyatakan bahawa sebanyak satu kertas siasatan dibuka berhubung isu 3R (agama, bangsa, institusi diraja) sepanjang tempoh berkempen PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

"Kertas siasatan itu adalah membabitkan ceramah oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang menyentuh isu Lembaga Pengampunan, dalam ceramahnya di Markas Pas, Bakri, Muar, Johor, bulan lalu.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: 'Fatwa' haram undi calon PH, Muhyiddin perlu taubat - Tok Mat

Undi calon PH haram: Zahid bidas 'fatwa' politik Muhyiddin

'Kamu siapa haramkan pengundi undi Suhaizan' - Anwar

Fatwa politik haram beri undi kepada saya tak wajar - Suhaizan

Tindakan hasut rakyat: Kerajaan Perpaduan tak akan bertolak ansur

Berkawan dengan Pas, Muhyiddin keluar fatwa haram - Mohamad Sabu

Polis buka kertas siasatan terhadap Muhyiddin isu 'fatwa' politik

Biar Majlis Fatwa Kebangsaan tentukan hukum Islam - Saarani

Ahmad Maslan minta Muhyiddin jangan permainkan agama

'Fatwa politik' timbulkan salah faham, cemarkan Islam - Mohd Na'im

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!