Wanita berjoging cemas lihat lelaki kelakuan tidak senonoh

Mohamad Fakhrudin
Mohamad Fakhrudin
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang wanita yang sedang berjoging berdepan detik cemas apabila terserempak dengan seorang lelaki yang sedang melakukan perbuatan tidak senonoh di Taman Bandaran Kelana Jaya di sini pada 27 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada Isnin.

Beliau berkata, laporan diterima daripada seorang wanita yang menyaksikan kejadian jijik itu di lokasi kejadian.

"Kejadian berlaku jam 7.10 malam ketika wanita itu sedang melakukan riadah sendirian di kawasan berkenaan.

"Wanita itu mendakwa dia melihat kejadian itu secara sekali imbas yang mana seorang lelaki berada di satu tempat duduk sedang melakukan perbuatan tidak senonoh.

"Meskipun ada individu lain yang berada berhampiran lokasi tersebut, namun mereka tidak menyedarinya," katanya pada Selasa.

Beliau berkata, wanita tersebut berasa terkejut dengan kejadian tidak diduga itu dan tidak memaklumkan kepada individu lain kerana takut.

Menurutnya, lelaki tersebut dianggar berusia antara 20-an ke 30-an.

Sebelum kejadian, kata beliau, wanita itu ada melihat lelaki berkenaan yang memakai baju merah, seluar pendek serta topi berjoging di sekitar laluan lariannya, tetapi tidak mengesyaki berlaku sesuatu yang pelik.

Artikel Berkaitan:

"Wanita yang merupakan kakitangan swasta telah membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit di Balai Polis Kelana Jaya.

"Polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, namun masih belum ada tangkapan setakat ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!