Cadangan laluan khas di CIQ dimuktamadkan selepas terima maklum balas

Saifuddin Nasution (kanan) bersama Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat,50 (kiri) pada Ceramah Kelompok di Taman Anggerik, pada malam Selasa. - Foto Bernama
Saifuddin Nasution (kanan) bersama Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat,50 (kiri) pada Ceramah Kelompok di Taman Anggerik, pada malam Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Cadangan untuk menyediakan laluan khas kepada pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Simpang Jeram, yang menetap atau bekerja di Singapura sedang diteliti dan akan dimuktamadkan selepas menerima maklum daripada balas pihak terlibat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau akan diberikan taklimat oleh jentera parti, mengenai maklum balas yang diterima daripada rakyat Johor yang bekerja di negara seberang tambak itu, sama ada mereka bersedia balik pada hari pengundian pada 9 September nanti atau sebaliknya.

"Esok juga saya akan berada di Singapura pada sebelah petang, untuk berjumpa sendiri dan mendengar daripada mereka (pengundi),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri ceramah PRK Parlimen Pulai di Taman Anggerik malam Selasa.

Jelas Saifuddin Nasution, buat masa kini, kerajaan kekal dengan keputusan atau keadaan sedia ada, iaitu tiada laluan khas disediakan untuk PRK itu nanti.

Sebelum ini, calon Pakatan Harapan (PH) PRK Parlimen Pulai Suhaizan Kayat, memohon Jabatan Imigresen membuka laluan khas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri, pada 9 September nanti.

Cadangan itu bagi memudahkan rakyat Johor yang bekerja atau menetap di Singapura, untuk pulang mengundi pada PRK berkenaan.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.

SPR telah menetapkan hari pengundian bagi PRK kedua-dua kerusi tersebut pada Sabtu ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!