Siap sedia terima pengunjung

Semua petugas karnival terbesar di negeri Selangor ini sedang giat menjalankan persiapan akhir bagi memastikan program berjalan lancar.
Semua petugas karnival terbesar di negeri Selangor ini sedang giat menjalankan persiapan akhir bagi memastikan program berjalan lancar.
A
A
A

SHAH ALAM - Berbaki dua hari lagi, Karnival Pendidikan Sinar Bestari dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) akan membuka tirai secara rasminya dengan pelbagai program yang telah diatur sepanjang tiga hari ia berlangsung.

Pengarah projek, Meen Tahrin berkata, semua petugas karnival terbesar di negeri Selangor itu sedang giat menjalankan persiapan akhir bagi memastikan program yang berlangsung bermula 8 hingga 10 September ini berjalan lancar.

“Pihak kami sedang menyusun dan mengadakan persediaan rapi. Setakat ini, semua persiapan berjalan lancar dan hampir 70 peratus siap.

“Semua program yang bakal diadakan sudah siap sedia dan hanya menunggu kehadiran pengunjung,” katanya kepada Sinar Harian.

Lebih menarik, Karnival Pendidikan Sinar Bestari itu dipercayai dilakukan serentak bersama SinarPlus Makan Fest dan Jualan Gudang Karangkraf yang membolehkan pengunjung berhibur, belajar dan membeli-belah dalam masa yang sama.

Karnival ini memberi peluang kepada lebih 30 vendor yang menyajikan pelbagai hidangan makanan berkonsepkan kenegerian dan tradisional dengan harga berpatutan.
Karnival ini memberi peluang kepada lebih 30 vendor yang menyajikan pelbagai hidangan makanan berkonsepkan kenegerian dan tradisional dengan harga berpatutan.

“Antara faktor wow karnival ini yang mungkin berbeza dengan festival lain adalah gabungan tiga program berlainan dalam masa yang sama. Selain pameran digital di Karnival Pendidikan Sinar Bestari untuk para pelajar, ibu bapa juga boleh bersiar-siar dan memborong buku dengan harga murah di Jualan Gudang Karangkraf.

“Sementara itu, pengunjung juga boleh berehat dan membeli pelbagai jenis juadah dan minuman di SinarPlus Makan Fest.

Artikel Berkaitan:

“Oleh itu, karnival ini bukan semata-mata untuk pelajar sahaja tetapi dibuka kepada semua lapisan masyarakat,” katanya.

Mengenai hadiah-hadiah menarik yang bakal dimenangi pengunjung bertuah, Meen Tahrin menjelaskan, mereka berpeluang memenangi hadiah bernilai RM8,500 dengan hanya daftar dan datang ke karnival yang bakal berlangsung bermula Jumaat ini.

Semua acara yang bakal diadakan sudah disusun dan dan hanya menunggu kehadiran pengunjung.
Semua acara yang bakal diadakan sudah disusun dan dan hanya menunggu kehadiran pengunjung.

“Antara program yang bakal menjadi tumpuan sekolah-sekolah dalam karnival ini adalah pertandingan Smartboard yang diyakini mampu memacu pendidikan generasi digital.

“Sekolah berdaftar yang mempunyai kehadiran murid, guru atau ibu bapa paling ramai akan berpeluang memenangi Arvia Interactive Smartboard bernilai RM8,500,” ujar beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!