Jangan samakan kes rasuah Zahid dengan Muhyiddin - Dr Afif

Dr Afif menyampaikan ucapan dalam Ceramah Kelompok Perikatan Nasional di UDM 5 Haji Abdullah Selatan, Pusat Asuhan Tunas Islam Ar-Raihan, Bakri, Muar pada malam Selasa.
Dr Afif menyampaikan ucapan dalam Ceramah Kelompok Perikatan Nasional di UDM 5 Haji Abdullah Selatan, Pusat Asuhan Tunas Islam Ar-Raihan, Bakri, Muar pada malam Selasa.
A
A
A

MUAR - Kes rasuah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilepas tanpa dibebaskan oleh mahkamah pada Isnin tidak boleh disamakan dengan empat kes Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilepas dan dibebaskan pada 14 Ogos lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Dr Afif Bahardin berkata, kes Presiden UMNO serta kes Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berbeza sama sekali dan menyifatkan terdapat pihak yang cuba mengelirukan keputusan kes tersebut.

"Apa beza kes Zahid Hamidi dengan kes Tan Sri Muhyiddin? Kes Zahid Hamidi telah dibuktikan adalah prima facie iaitu ada asas kes. Berbelas-belas saksi sudah dipanggil dan apa yang patut dibuat peguam-peguam Ahmad Zahid adalah tunjukkan bukti yang dia tak buat.

"Apa yang bezanya dia dilepaskan kerana pihak pendakwa raya atau bahasa mudahnya pihak kerajaan tidak mahu sambung (kes) sehingga hakim juga marah dan kata ini membuang masa dan duit rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Ceramah Kelompok Perikatan Nasional di Unit Daerah Mengundi (UDM) 5 Haji Abdullah Selatan di Pusat Asuhan Tunas Islam Ar-Raihan, Bakri di sini pada malam Selasa.

Turut hadir Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad.

Pada Isnin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Mengulas lanjut katanya, DAP yang keras menentang rasuah mengeluarkan kenyataan pada tengah malam Isnin tetapi tidak mempertikai sebaliknya hanya menuntut peguam negara memberi penjelasan.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, apa yang berlaku itu adalah satu ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa yang terang-terang berlaku serta bukan salah mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendakwaan mahu hentikan prosiding kes terhadap Ahmad Zahid

Kes Zahid: Muda adakan mesyuarat tergempar - Syed Saddiq

Kes Zahid: Rasuah Busters tuntut kerajaan kotakan kata

Kes Zahid: Pimpinan Kerajaan Perpaduan perlu nyatakan pendirian - Muda

Kes Ahmad Zahid: Gerakan tuntut penjelasan

Kes Zahid: Muhyiddin persoal tindakan Peguam Negara

Idrus Harun diminta beri penjelasan kes Ahmad Zahid - Anthony Loke

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!