Kes Ahmad Zahid: Pemuda UMNO persoal sikap Muhyiddin

Dr Muhamad Akmal - Foto Bernama
Dr Muhamad Akmal - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan tindakan Peguam Negara menarik balik 47 pertuduhan jenayah terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu sebagai sesuatu tidak bermoral.

Dr Muhamad Akmal turut membandingkan beberapa kes ahli politik lain yang berlaku ketika Muhyiddin berada dalam kerajaan.

“Kalau orang lain tidak bermoral, kalau kena kat diri sendiri keadilan ditegakkan. Dan ketika Tan Sri (Muhyiddin) menjadi kerajaan 22 bulan dulu, kes Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dilepaskan itu ada moral ke tidak ada moral ya?

“Walaupun ketika itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan satu Malaysia terkejut, kes Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa walaupun tidak mempunyai bukti yang kukuh ketika Tan Sri menjadi menteri kerajaan itu bermoral ataupun tidak?” soal beliau dalam hantaran di Facebook pada Rabu.

Pada Isnin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi.

Dalam pada itu, Dr Muhamad Akmal berkata, Muhyiddin juga perlu memberi penjelasan berhubung tindakan menantunya yang didakwa melarikan diri daripada pihak berkuasa.

“Anak menantu melarikan diri untuk disoal siasat itu bermoral juga ke Tan Sri? Mohon Tan Sri boleh memberikan penjelasan juga,” katanya.

Pada Isnin, SPRM mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Artikel Berkaitan:

SPRM dalam satu kenyataan berkata, dua individu yang dikesan itu ialah Datuk Muhammad Adlan Berhan, 48, manakala individu kedua, Mansoor Saat, 69.

Media sebelum ini melaporkan Muhammad Adlan merupakan menantu kepada Muhyiddin.

Kenyataan itu menyebut, hasil semakan dengan Jabatan Imigresen Malaysia mendapati kedua-dua penama berkenaan masing-masing telah meninggalkan Malaysia pada 17 dan 21 Mei lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendakwaan mahu hentikan prosiding kes terhadap Ahmad Zahid

Kes Zahid: Muda adakan mesyuarat tergempar - Syed Saddiq

Kes Zahid: Rasuah Busters tuntut kerajaan kotakan kata

Kes Zahid: Pimpinan Kerajaan Perpaduan perlu nyatakan pendirian - Muda

Kes Ahmad Zahid: Gerakan tuntut penjelasan

Kes Zahid: Muhyiddin persoal tindakan Peguam Negara

Idrus Harun diminta beri penjelasan kes Ahmad Zahid - Anthony Loke