PM terima kunjungan hormat Pengurus Besar Nahdatul Ulama

Anwar menerima kunjungan hormat Pengurus Besar Nahdatul Ulama (NU) pimpinan Kiyai Haji Yahya Cholil Tsaquf dan jajarannya, pada Selasa. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Anwar menerima kunjungan hormat Pengurus Besar Nahdatul Ulama (NU) pimpinan Kiyai Haji Yahya Cholil Tsaquf dan jajarannya, pada Selasa. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Pengurus Besar Nahdatul Ulama (NU) pimpinan Kiyai Haji Yahya Cholil Tsaquf dan jajarannya, semalam.

Menerusi perkongsian di Facebook hari ini, beliau berkata pertemuan yang diadakan selepas selesai program Temu Anwar di Jakarta, Indonesia malam tadi, telah menyentuh kepentingan menguasai dan memelihara ilmu turath serta keupayaan membaca situasi semasa.

"Saya singgung pengalaman panjang saya bersama Almarhum Abdurrahman Wahid (Gus Dur), mantan Presiden Indonesia serta pemimpin NU yang saya anggap sebagai sahabat yang setia dari waktu saya hadapi kesukaran dalam perjuangan politik saya.

"Saya juga zahirkan penghargaan kepada kepimpinan NU yang sudi hadir untuk bertemu dan bertukar pandangan," kata Anwar.

Beliau turut berharap agar perbincangan seperti itu dapat dilakukan lagi demi manfaat umat.

Terdahulu, Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 dan sidang-sidang kemuncak berkaitan di Jakarta, Indonesia dari 5 hingga 7 Sept ini.

Semalam, program dialog anak muda bersama Anwar iaitu Temu Anwar, telah diadakan buat julung kali di negara itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!