IMF cadang tiga langkah untuk ASEAN hadapi cabaran ekonomi

Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) Kristalina Georgieva (tengah) memberi reaksi ketika berbincang dengan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto (kiri) semasa sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta, Indonesia pada Selasa. - Foto EPA/Pool
Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) Kristalina Georgieva (tengah) memberi reaksi ketika berbincang dengan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto (kiri) semasa sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta, Indonesia pada Selasa. - Foto EPA/Pool
A
A
A

DANA Kewangan Antarabangsa (IMF) mengesyorkan tiga langkah utama bagi negara anggota ASEAN untuk terus bertahan melalui cabaran ekonomi semasa yang sukar, termasuk tekanan inflasi dan mengetatkan kecairan, lapor Agensi Berita ANTARA.

Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva berkata pertama, beliau mencadangkan agar negara anggota ASEAN mengekalkan kestabilan makroekonomi dan kewangan untuk memastikan keyakinan pengguna dan pelabur.

"Ini (keyakinan) telah memberi manfaat kepada anda sebelum wabak (Covid-19), dan ia perlu kekal begitu," katanya semasa Forum ASEAN-Indo-Pasifik (AIPF) di Jakarta pada Selasa.

Kedua, beliau mencadangkan agar kerajaan ASEAN melabur lebih banyak dalam pendidikan dan kemahiran.

"Rakyat ASEAN perlu memperoleh kemahiran untuk esok kerana kita tahu bahawa AI (kecerdasan buatan) sudah wujud," katanya sambil menambah bahawa rakyat ASEAN perlu mempunyai kemahiran yang tidak boleh digantikan oleh AI dalam masa terdekat.

Ketiga, Georgieva mencadangkan agar ASEAN melabur dalam ketersambungan digital dan ekonomi hijau.

"Tiada masa depan tanpanya. Itu perlu dilakukan," katanya.

Georgieva berkata, negara-negara ASEAN agak terkesan dengan pandemik Covid-19 terutamanya dari segi pertumbuhan ekonomi mereka.

Artikel Berkaitan:

Beliau menjelaskan, ASEAN juga mengalami gangguan dalam rantaian bekalan akibat pandemik dan perang Ukraine.

Gangguan itu telah memberi tekanan yang lebih besar kepada kebanyakan ekonomi maju dan pasaran baru yang muncul, termasuk negara anggota ASEAN, yang menyebabkan kepada krisis dan inflasi.

Kadar faedah dijangka kekal tinggi sehingga 2024 atau 2025, yang pastinya akan membawa kesan kepada ASEAN, salah satunya adalah dari segi kekuatan mata wang, katanya.

Georgieva juga menekankan ASEAN harus terus berkembang secara dinamik untuk terus bertahan menghadapi cabaran ekonomi global semasa. - Bernama/ANTARA

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!