'Kantoi' bawa motosikal curi

Seorang lelaki yang ditahan JPJ Selangor semasa operasi di lorong motosikal Plaza Tol Bukit Kiara, Petaling Jaya pada Isnin, diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut kerana menggunakan motosikal curi.
Seorang lelaki yang ditahan JPJ Selangor semasa operasi di lorong motosikal Plaza Tol Bukit Kiara, Petaling Jaya pada Isnin, diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut kerana menggunakan motosikal curi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Alasan pinjam motosikal rakan diberikan seorang lelaki selepas ditahan semasa Op Khas Motosikal di Plaza Tol Bukit Kiara, di sini kerana menunggang motosikal curi pada Isnin.

Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, operasi bermula jam 9 pagi itu dijalankan pihaknya dengan diketuai Ketua Bahagian Penguat kuasa JPJ Selangor, Mazlini Yusof.

Menurutnya, anggota operasi telah menahan dan membuat pemeriksaan ke atas sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC yang mencurigakan.

"Hasil semakan mendapati motosikal itu mempunyai rekod kes hilang pada 1 September lalu.

"Penunggang lelaki berusia 40 tahun yang mendakwa menggunakan motosikal rakan serta dalam perjalanan pulang ke kampung di Melaka telah diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kiara untuk tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dalam operasi itu, JPJ Selangor telah mengeluarkan 720 saman di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas pelbagai kesalahan seperti lesen memandu kompeten (CDL), CDL tamat tempoh, kes teknikal serta Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

Katanya, sebanyak 50 motosikal antaranya Yamaha 135LC, Yamaha Y15, Honda EX5 dan Honda RS150 antara yang disita.

"Sitaan dibuat atas kesalahan tiada lesen memandu, LKM tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, penunggang dan pemilik motosikal diingatkan supaya sentiasa patuhi undang-undang jalan raya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!