Kitar 7 MBSA juara pertandingan inovasi

Kumpulan Kitar 7 memenangi tempat pertama bagi kategori PBT negeri Selangor setelah mengetengahkan projek Re-Rosta.
Kumpulan Kitar 7 memenangi tempat pertama bagi kategori PBT negeri Selangor setelah mengetengahkan projek Re-Rosta.
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan Kitar 7 Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dinobat sebagai juara dalam Pertandingan Inovasi Terbuka, Minggu Kualiti dan Inovasi Majlis Perbandaran Sepang sempena Cyberjaya Innovation Weeks 2023.

Bahagia Korporat dan Perhubungan Awam MBSA dalam satu kenyataan memaklumkan pertandingan tersebut berlangsung dari 4 hingga 5 September lalu di Semarak Hall @ Cyberjaya.

"Kumpulan Kitar 7 memenangi tempat pertama bagi kategori pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri Selangor setelah mengetengahkan projek Re-Rosta iaitu inovasi kutipan sampah kering di perumahan jenis kos rendah bertingkat.

"Projek ini bagi memudahkan penduduk perumahan bertingkat melaksanakan amalan kitar semula dengan menyediakan kemudahan tanpa perlu ke pusat kitar semula yang sukar di akses dari tempat kediaman," kata kenyataan itu pada Rabu

Kumpulan Kitar 7 MBSA membawa pulang pingat emas dan trofi serta wang tunai berjumlah RM500.

Sementara itu, Kumpulan Xcelsior MBSA pula mendapat tempat kelima dalam kategori sama dan membawa pulang hadiah saguhati berupa medal serta wang tunai RM100.

Kumpulan Excelsior mengetengahkan projek eNotifikasi yang membolehkan pemilik harta menerima maklumat bil cukai taksiran melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dinamik disertakan dengan nombor akaun dan amaun perlu dibayar dengan efisien.

Pautan bil dalam talian disediakan untuk rujukan dan pembayaran secara dalam talian juga boleh dibuat bagi memudahkan urusan warga Shah Alam.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, MBSA turut berharap anugerah itu dapat menjadi pendorong dan pembakar semangat kepada warga kerja MBSA untuk memberikan perkhidmatan terbaik serta cemerlang kepada orang ramai.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!