KPDN kesan taktik tukar plat kenderaan seludup bahan api

KPDN Kelantan membongkar taktik yang digunakan penyeludup dengan menukar nombor plat Thailand kepada tempatan bagi 'melindungi' aktiviti penyeludupan bahan api ke negara jiran.
KPDN Kelantan membongkar taktik yang digunakan penyeludup dengan menukar nombor plat Thailand kepada tempatan bagi 'melindungi' aktiviti penyeludupan bahan api ke negara jiran.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menahan seorang lelaki warga asing seterusnya membongkar taktik yang digunakan dengan menukar nombor plat Thailand kepada tempatan bagi 'melindungi' aktiviti penyeludupan bahan api ke negara jiran.

Suspek berusia 40-an itu ditahan dalam serbuan di Kampung Tasik Cina, Taman Sri Rantau dekat sini pada jam 7.30 malam pada Selasa.

Pengarahnya Azman Ismail berkata, hasil pemeriksaan pihaknya telah menjumpai pelbagai nombor plat tempatan yang dipercayai digunakan bagi mengelirukan pihak berkuasa semasa menjalankan kegiatan tersebut.

"Mengikut maklumat awam, suspek telah membuat pembelian pengisian bahan bakar itu di stesen-stesen minyak sekitar Kota Bharu-Rantau Panjang sebelum dicekup.

"Hasil pemeriksaan yang dilakukan pihak kami telah menjumpai 175 liter minyak diesel di dalam kenderaan bernombor plat asing Thailand itu," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Menurut beliau, kes tersebut siasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!