Jalan berlubang, laluan MRR2 ke Ampang terhalang

Kon diletakkan bagi tujuan keselamatan pengguna yang melalui jalan berkenaan. Gambar kecil: Lubang sedalam hampir semeter dilaporkan di lokasi kejadian sekitar jam 8 pagi.
Kon diletakkan bagi tujuan keselamatan pengguna yang melalui jalan berkenaan. Gambar kecil: Lubang sedalam hampir semeter dilaporkan di lokasi kejadian sekitar jam 8 pagi.
A
A
A

GOMBAK - Pengguna Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari arah Kepong ke Ampang dinasihatkan menggunakan laluan alternatif berikutan kejadian 'sinkhole' atau jalan berlubang di Seksyen 21.30 pada Rabu.

Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 8 pagi itu menyebabkan penutupan lorong dilakukan bagi memberi laluan kepada kerja pembaikan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Gombak dalam kenyataan berkata, kejadian berpunca penutup 'slab crossing culvert' patah.

Kerja penggantian penutup lubang yang patah sedang dilaksanakan di lokasi kejadian.
Kerja penggantian penutup lubang yang patah sedang dilaksanakan di lokasi kejadian.

“Laluan masih dibuka kepada semua kenderaan, namun aliran trafik di laluan itu sesak sejauh hampir dua kilometer dan dijangka akan terus meningkat.

“Pengguna yang menuju ke arah Ampang dinasihatkan menggunakan laluan alternatif iaitu dengan menggunakan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE),” katanya.

Ujar kenyataan itu, petugas berada di lokasi untuk mengawal trafik di lokasi kejadian selain kerja pembaikan akan dilaksanakan oleh JKR Gombak selepas mendapat penilaian bagi melaksanakan kerja pembaikan di tapak.

Difahamkan, kerja pembaikan sedang dilaksanakan dengan penggantian penutup pembetung sebelum kerja penurapan semula dilaksanakan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!