APMM tahan warga Filipina bawa baja tanpa kebenaran

No Image Caption
A
A
A

LABUAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan menahan tiga warga Filipina yang menaiki sebuah bot kargo membawa muatan baja udang dan air bersih di Teluk Weston, perairan Sipitang, semalam.

Ketua Penguatkuasa APMM Labuan, Kapten Maritim Che Adnan Md Isa berkata bot kargo itu dipintas kira-kira 6.6 batu nautika barat daya Teluk Weston oleh pasukan APMM ketika operasi rondaan dijalankan.

“Hasil pemeriksaan APMM mendapati bot kargo itu membawa 260 guni baja udang tanpa dokumen yang sah dan tekong tidak mempunyai sijil kompetensi (COC) untuk mengendalikan bot yang merupakan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Berdasarkan siasatan awal, bot kargo itu dipercayai dalam perjalanan dari Sipitang ke kolam ternakan udang berhampiran Teluk Weston.

Che Adnan berkata tekong Filipina dan dua awak-awak itu yang tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!