Aaron-Wooi Yik tenang melangkah ke pusingan kedua Terbuka China
BEREGU lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kembali mempamerkan aksi bertenaga apabila melepasi halangan pusingan pertama Terbuka China pada Khamis.
Aaron-Wooi Yik yang diletakkan pilihan keempat kejuaraan Super 1000 itu mara ke pusingan kedua selepas mengalahkan pasangan Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Kim Won Ho 21-10, 25-23 di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik di Changzhou.
Kemenangan itu menyaksikan pasangan nombor empat dunia tersebut akan berdepan He Ji Ting-Zhou Hao Dong dari China di pusingan kedua yang menewaskan pasangan Taiwan, Chang Ko Chi-Po Li Wei, 21-14, 21-17
Turut mengiring Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua ialah beregu lelaki profesional, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang mengalahkan Ren Xiang Yu-Tan Qiang 21-16, 23-21.
Gandingan nombor lapan dunia itu akan berdepan Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard dari Denmark yang menyingkirkan cabaran Lucas Corvee-Ronan Labar (Perancis) 21-17, 21-9.
Beregu wanita profesional, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien juga memulakan kempen langkah kanan selepas mengalahkan pasangan Jepun, Rui Hirokami-Yuna Kato, 12-21, 21-11, 22-20 untuk berdepan pilihan kedua dari Korea Selatan, Baik Ha Na-Lee So Hee.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!