Sampaikan Permaisuri Agong tulis sendiri aduan jalan teruk

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (tengah) berkenan bersama masyarakat Telupid. Foto: Bernama
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (tengah) berkenan bersama masyarakat Telupid. Foto: Bernama
A
A
A

MERAK Jalanan memang puji keprihatinan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan menulis sendiri aduan mengenai jalan rosak di Sabah ketika lawatannya di negeri itu baru-baru ini.

Melalui sebuah video yang tular di media sosial, Raja Permaisuri dilihat menulis sendiri aduan tersebut sebaik mendengar aduan itu daripada penduduk.

Macam inilah bagus bila Tuanku turun padang dengar sendiri perasaan rakyat jelata.

Raja Permaisuri Agong turut dilihat bersalaman bersama individu yang membuat aduan itu. Merak Jalanan seperti rakyat jelata yang lain berasa bangga kerana mempunyai Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong yang sangat prihatin.

Merak Jalanan harap agar aduan yang ditulis sendiri oleh Permaisuri Agong itu dapat memberi perubahan kepada keadaan jalan raya di sekitar Sabah.

Memang sedih tengok keadaan jalan di negeri itu. Wakil rakyat sibuk berpolitik dan 'melompat' sana-sini sampai lupa keperluan rakyat.

Memang satu rahmat besar buat rakyat Sabah apabila baginda berdua mengembara dan mendekati rakyat di negeri itu. Memang padu apabila rakyat boleh mengadu secara direct mengenai jalan raya yang sangat teruk di negeri itu.

Kalau YDPA buat kembara setiap tahun di Sabah dan Sarawak, Merak Jalanan yakin jalan raya-jalan raya di negeri itu mesti tip-top dan berturap, bukan macam jalan lori balak lagi.

Artikel Berkaitan:

Bukan sahaja di Sabah dan Sarawak, di semenanjung pun banyak jalan yang teruk. Di Selangor, sebuah negara yang paling maju di negara ini pun banyak jalan berlubang-lubang. Macam permukaan bulan.

Bila buat aduan kepada pihak berkuasa tempatan, makan tahun baru nak tampal. Bila kena viral di media sosial, baru terhegeh-hegeh nak tampal.

Kena guna kuasa viral juga. Itu pun ala kadar. Esok lusa berlubang balik!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!