100 pempamer, lebih 50 aktiviti menanti pengunjung

Ruang tapak Karnival Pendidikan Sinar Bestari, Kompleks Karangkraf sedang dipasang.
Ruang tapak Karnival Pendidikan Sinar Bestari, Kompleks Karangkraf sedang dipasang.
A
A
A

SHAH ALAM - Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang membuka tirai secara rasmi esok, bakal menghimpunkan 100 pempamer dengan lebih 50 aktiviti menarik menanti setiap pengunjung.

Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin berkata, antara pempamer yang terlibat dalam karnival itu adalah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Petrosains, Planetarium Negara, Akademi AirAsia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Penjara dan banyak lagi.

“Pelbagai aktiviti turut dirancang antaranya pertandingan kawad kaki, dikir barat, bola keranjang, ‘Sinar Bestari Got Talent’, ‘e-games’, robotik, crossword puzzle competition, persembahan silat cekak, pameran motosikal klasik dan sebagainya.

“Semua aktiviti sangat menyeronokkan namun lebih menarik lagi apabila karnival ini turut bergabung dengan Jualan Gudang Karangkraf dan SinarPlus Makan Fest yang menghimpunkan hampir 40 peniaga,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Menurut Farah, karnival dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) itu bakal dirasmikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada Jumaat.

Pekerja memasang kertas dinding di tapak Karnival Pendidikan Sinar Bestari.
Pekerja memasang kertas dinding di tapak Karnival Pendidikan Sinar Bestari.

“Perasmian bermula jam 3 petang pada 8 September. Selepas itu, beliau akan ke program Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian yang terbuka untuk orang ramai di dewan Kompleks Karangkraf,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Farah berkata, karnival kali ini sangat berbeza kerana menggabungkan tiga program berlainan, sekali gus menarik lebih ramai pengunjung ke acara mega ini.

“Tidak ketinggalan tarikan utama Karnival Pendidikan Sinar Bestari seperti Rumah Hantu Buku Prima dan Space Dome yang menayangkan animasi empat dimensi (4D), pastinya menjadikan program kali ini lebih meriah.

“Acara disediakan sepanjang karnival berlangsung selama tiga hari ini sesuai untuk semua pengunjung.

“Karnival Pendidikan ini bukan sahaja untuk pelajar tetapi turut fokus kepada ibu bapa dan masyarakat,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!