Ketua tentera Sudan keluar dekri bubar Rapid Support Forces

Abdel Fattah al-Burhan - Foto Agensi
Abdel Fattah al-Burhan - Foto Agensi
A
A
A


ANKARA - Ketua tentera Sudan, Abdel Fattah al-Burhan mengeluarkan dekri membubarkan pasukan separa tentera, Rapid Support Forces (RSF) pada Rabu.

Al-Burhan yang mempengerusikan Majlis Kedaulatan, mengarahkan kepimpinan angkatan tentera dan pihak berkuasa berkenaan melaksanakan dekri perlembagaan untuk membubarkan RSF, menurut Agensi Anadolu.

"Keputusan itu dibuat susulan pemberontakan pasukan berkenaan ke atas negara dan pelanggaran berat yang mereka lakukan terhadap rakyat, serta sabotaj yang disengajakan terhadap infrastruktur negara,” menurut kenyataan Majlis Kedaulatan.

Terdahulu, Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas pemimpin kanan dan komander RSF, Abdelrahim Hamdan Dagalo.

Sejak permulaan perang antara RSF dan angkatan bersenjata Sudan pada 15 April, beribu-ribu rakyat terbunuh dan lebih 4 juta lagi hilang tempat tinggal, terutama di Khartoum dan Darfur. - Bernama-Anadolu

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!