Pengetua sekolah larang pelajar pakai kimono hadiri kelas

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

NICE - Pengetua sebuah sekolah menengah di bandar Lyon Perancis mengarahkan seorang pelajar pulang ke rumah kerana memakai pakaian tradisional Jepun, kimono dan mendakwa pakaian yang dipakai pelajar itu 'bercirikan keagamaan'.

Menurut Agensi Anadolu, pelajar berusia 15 tahun itu dipanggil pada Rabu untuk membincangkan kejadian yang berlaku sehari sebelumnya apabila dihalang kembali ke kelas selagi tidak menukar pakaiannya.

Pelajar beragama Islam itu berkata, pakaiannya tidak melambangkan sebarang pegangan agama.

Pengetua itu berkata, semua pakaian yang mempunyai kaitan dengan agama tidak dibenarkan di sekolah itu.

Seorang lagi pelajar dari sekolah menengah yang sama dikenakan tindakan serupa kerana memakai kimono.

Peguam keluarga itu, Maitre Nabil Boudi berkata, mereka telah memfailkan aduan "diskriminasi atas dasar pegangan agama."

"Penghinaan itu mesti dihentikan dan pihak berkuasa kehakiman mesti segera mengambil kes ini memandangkan arahan yang diberikan oleh Menteri Pendidikan Negara itu mewujudkan diskriminasi agama terhadap pelajar wanita," katanya.

Pelajar itu berkata, dia ditegur di hadapan seluruh kelasnya dan dipaksa menanggalkan kimononya ketika dibawa ke pejabat pengetua kerana melanggar arahan Kementerian Pendidikan dan tidak dibenarkan menghadiri kelas. - Bernama- Anadolu

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!