Lebih 70,000 penerima zakat terima bantuan kecemasan, barang runcit

Info grafik mengenai jumlah penerima bantuan berkenaan turut dikongsi LZS di laman sosial agensi berkenaan.
Info grafik mengenai jumlah penerima bantuan berkenaan turut dikongsi LZS di laman sosial agensi berkenaan.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 71,935 penerima zakat dari kalangan asnaf, fakir dan miskin di negeri ini mendapat bantuan kecemasan dan barang runcit bernilai RM85.5 juta pada tahun lepas.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) memaklumkan keperluan barang runcit atau kecemasan itu diagihkan kepada penerima terbabit dengan tumpuan kepada mereka yang dilanda musibah dan tidak menemui solusi keluar dari kesusahan yang dialami.

"Terima kasih pembayar zakat di Selangor kerana telah berkongsi rezeki dengan mereka selama ini," menurut LZS dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Khamis.

Dalam hantaran berasingan, agensi itu memaklumkan pasukan LZS juga sentiasa proaktif dalam mendekati seramai mungkin asnaf, fakir dan miskin di negeri Selangor.

"Selain daripada usaha atas talian, kami juga sentiasa bergerak aktif di lapangan," kata LZS.

Menurut agensi itu, kaedah sedemikian lebih mudah kerana pasukan mereka dapat mengenalpasti dengan lebih baik apakah kaedah terbaik untuk membantu asnaf yang mendaftar.

"Lokasi demi lokasi kami lawati untuk memudahkan asnaf mendaftar dan memohon bantuan bersama LZS.

"Bantuan ini bukan berpanjangan, bukan juga hanya 'one-off" tetapi bantuan diberikan LZS adalah bertujuan membantu asnaf, fakir dan miskin keluar dari kepompong kemiskinan," tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!