Agong terharu terima layanan mesra di Sabah

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengambil gambar di atas pentas sebagai kenangan. - Foto Istana Negara.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengambil gambar di atas pentas sebagai kenangan. - Foto Istana Negara.
A
A
A

KOTA KINABALU - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa gembira dan begitu terharu atas layanan mesra rakyat Sabah sepanjang perjalanan Kembara Kenali Borneo sejak 3 September lalu.

Seri Paduka Baginda terhibur dengan panggilan yang diberikan rakyat Sabah kepadanya dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Saya terharu apabila anak muda panggil saya Pakcik Agong, ada juga yang panggil saya Abang Agong, ada juga panggil gong, gong, gong. Sekurang-kurangnya menghiburkan saya,” titah Seri Paduka Baginda pada Majlis Santapan Malam Kerajaan Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), malam Rabu.

Kembara Kenali Borneo hari keempat - Foto Istana Negara.
Kembara Kenali Borneo hari keempat - Foto Istana Negara.

Begitu juga dengan Raja Permaisuri Agong yang dipanggil ‘Datin Permaisuri’ serta menerima pujian-pujian daripada rakyat Sabah, ‘oh cantik sekali, alhamdulillah’ sepanjang perjalanan Kembara Kenali Borneo di negeri ini.

Yang di-Pertuan Agong bertitah, keramahan rakyat yang ditemui sepanjang perjalanan terdiri daripada pelbagai etnik dan suku kaum, Kadazandusun, Bajau, Rungus, Tagahas, Kagayan, Murut, Orang Sungai, Iranun, Kadayan, Bisaya, Cocos, saya begitu terharu.

"Saya nak sebut setiap kaum ini kerana setiap kali mereka menghulur tangan, saya mesti salam kerana saya tak tahu dia golongan mana. Pada saya mereka ini semua sama, bagi saya rakyat Malaysia, rakyat Sabah," titahnya.

Kembara Kenali Borneo sudah memasuki hari kelima merupakan hari terakhir di Sabah sebelum bergerak ke Sarawak pada petang Khamis.

Artikel Berkaitan:

Kembara Kenali Borneo bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak dari 3 hingga 13 September menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei sejauh 2,154 kilometer.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!