Penunggang maut motosikal terbabas di LPT1

Mangsa maut selepas motosikal ditunggang terbabas dan terjatuh di kawasan laluan dalam pembaikan di KM211.2 LPT1 pada Khamis. - Foto FB Polis Trafik Kuantan
Mangsa maut selepas motosikal ditunggang terbabas dan terjatuh di kawasan laluan dalam pembaikan di KM211.2 LPT1 pada Khamis. - Foto FB Polis Trafik Kuantan
A
A
A

KUANTAN - Seorang penunggang maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas sebelum terjatuh di kawasan laluan dalam pembaikan di Kilometer 211.2 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) di sini pada Khamis.

Dalam kemalangan kira-kira jam 6.45 pagi itu, mangsa, Ahmad Emir Danial Ahmad Hamdan, 22, dari Kapar, Selangor disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125 dalam perjalanan dari Kapar ke Kuala Terengganu.

Menurutnya, ketika sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal lalu terbabas masuk ke laluan kiri yang sedang dalam pembaikan.

"Mangsa yang jatuh di tengah laluan mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Wan Mohd Zahari berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk proses bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!