Ibu sanggup gadai gelang emas demi laptop anak

Tangkap layar video perkongsian di aplikasi TikTok pada Isnin.
Tangkap layar video perkongsian di aplikasi TikTok pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebuah video tular di media sosial menunjukkan pengorbanan seorang wanita bergelar ibu yang sanggup menggadaikan seutas gelang emas demi membeli komputer riba untuk pendidikan anaknya baru-baru ini menarik perhatian ramai sehingga meraih 2.8 juta tontonan di TikTok.

Lebih menyedihkan lagi, wanita tersebut dilihat sebak dan gagal menahan air mata sambil memaklumkan bahawa gelang emas itu merupakan hadiah daripada suaminya sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Video dikongsikan oleh Nor Asiah Kamis merakamkan perbualan wanita tersebut yang mana ketika itu, sedang menanyakan harga komputer riba pada peniaga di sebuah kedai gajet.

Dalam video berdurasi 1 minit 12 saat itu, wanita berkenaan berkata, dia sanggup berkorban demi membolehkan anaknya mempunyai komputer riba untuk kegunaan pelajaran di universiti.

Bagaimanapun, peniaga tersebut memaklumkan supaya wanita itu menyimpan hasrat untuk menggadaikan perhiasan emasnya sebaliknya membuat bayaran secara ansuran.

Perkongsian video tersebut meraih perhatian orang ramai yang sebak melihat pengorbanan insan bernama ibu akibat kekangan kewangan yang dihadapi olehnya.

Salah seorang pengguna TikTok, nenek.ros menyatakan rasa sebak melihat pengorbanan yang dilakukan oleh wanita tersebut.

“Subhanallah sedihnya makcik. Ya murahlah rezeki makcik ni. Amin,” katanya dalam ruangan komen pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Tangkap layar ruangan komen di aplikasi TikTok
Tangkap layar ruangan komen di aplikasi TikTok

Selain itu, seorang lagi pengguna TikTok, Murni Mohd Noor turut berkongsikan pengorbanan ibu bapanya demi memastikan kejayaan untuk anak-anak.

“Allahuakbar. Semoga anak makcik menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat.

“Teringat zaman dulu-dulu mak ayah bergadai juga nak sekolahkan kami,” ulasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!