Jalan Sungai Besi arah selatan ditutup mulai 30 September ini

Lencongan trafik sepanjang penutupan jalan terlibat bagi kerja pelebaran Jalan Yew.
Lencongan trafik sepanjang penutupan jalan terlibat bagi kerja pelebaran Jalan Yew.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jalan Sungai Besi arah selatan berhadapan Fraser Business Park akan ditutup secara berperingkat mulai 30 September ini selama setahun.

Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata, penutupan jalan juga akan dilaksanakan di bulatan Loke Yew dan susur bulatan Pudu.

Menurutnya, langkah tersebut dilakukan susulan kerja pelebaran Jalan Yew yang bermula Oktober 2021 dan dijangka siap pada 31 Disember 2025.

"Kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan di tapak.

"Bagi kerja pengubahsuaian dan pembinaan jambatan, kesemua jalan tersebut akan ditutup kepada semua lalu lintas secara berperingkat mulai 30 September 2023 hingga 29 September 2024," katanya menerusi kenyataan.

Ujar kenyataan itu, lencongan trafik dilaksanakan sepanjang tempoh pembinaan dilakukan dan pengguna dinasihatkan mematuhi isyarat papan tanda serta arahan polis trafik sebagai langkah keselamatan, mengelakkan kekeliruan dan sebarang kesulitan.

Lencongan trafik sepanjang penutupan jalan terlibat bagi kerja pelebaran Jalan Yew.
Lencongan trafik sepanjang penutupan jalan terlibat bagi kerja pelebaran Jalan Yew.

Berikut merupakan lencongan trafik bagi jalan terlibat:

Artikel Berkaitan:

a) Trafik dari Bulatan Kampung Pandan untuk ke Sungai Besi/ Petaling Jaya akan dilencongkan kepada dua bahagian iaitu laluan melalui jalan bersebelahan Federal Bakery dan memasuki laluan kontra di lorong bersebelahan.

b) Trafik dari Sungai Besi/ Petaling Jaya ke Bulatan Kampung Pandan akan dilencongkan ke dua laluan iaitu susur kiri melalui Bulatan Loke Yew dan satu laluan lagi akan kekal di jajaran yang sama.

c) Bulatan Loke Yew akan ditutup. Trafik Jalan Loke Yew dari Cheras hanya dibenarkan untuk membuat pusingan U sahaja menghala Jalan Loke Yew ke arah Cheras semula.

Pengubahsuaian laluan trafik ini adalah kekal. Laluan alternatif trafik dari Cheras menuju ke Jalan Sg Besi adalah melalui Jalan Chan Sow Lin, Jalan Satu, Jalan Dua dan Jalan Tiga. Untuk trafik yang datang dari Cheras dan menuju ke Jalan Yew pula hendaklah menggunakan pusingan U di persimpangan ’fly-over’ di Jalan Maharajalela dan ini juga sama untuk trafik yang datang dari Cheras dan menuju ke kawasan persekitaran Jalan Yew.

d) Bulatan Loke Yew akan ditutup. Trafik Jalan Loke Yew dari Jalan Kinabalu dan Jalan Sungai Besi akan dilencongkan ke Jalan Yew menghala ke Bulatan Pudu sahaja.

Laluan alternatif adalah melalui pusingan U di SMK (P) Pudu.

Pengubahsuaian laluan trafik ini adalah kekal.

e) Bulatan Loke Yew akan ditutup. Laluan trafik Jalan Yew dari Bulatan Kg Pandan untuk ke Jalan Kinabalu dan Jalan Kuching akan ditutup pada tempoh pembinaan.

Laluan alternatif adalah melalui Jalan Kg Pandan, Jalan Imbi dan Jalan Hang Tuah.

f) Bagi kerja meroboh jambatan susur dan pembinaan semula jambatan di Bulatan Pudu menghala ke Jalan Sungai Besi (bersebelahan Balai Polis Pudu), jalan susur dari Jalan Pudu ke Jalan Yew ditutup kepada semua lalu lintas pada tempoh yang sama.

Laluan alternatif adalah melalui Jalan Sg Besi, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Satu, Jalan Dua dan Jalan Tiga.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!