[SINAR LIVE] Siapa dalang beras mahal?
Kekurangan stok beras tempatan di pasaran menimbulkan keresahan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah, pada masa yang sama kenaikan harga beras import tidak menjadikan situasi ini lebih baik.
Dakwaan wujud pihak tertentu menipu pengguna dengan menukar pembungkusan beras tempatan kepada beras import untuk memanipulasi harga hanya memburukkan keadaan, jika ia benar-benar berlaku.
Siapakah dalang kepada masalah ini? Wujudkah kartel yang menguasai pasaran beras negara? Adakah penamatan monopoli Bernas merupakan jalan keluar kepada isu beras yang wujud sejak sekian lama?
Ikuti forum Sinar Live bertajuk "Siapa dalang beras mahal?" bersama Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff di semua platform digital Sinar Harian.
Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/307446462186031
Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=4vaNzV28NIQ
Twitter: https://twitter.com/i/broadcasts/1BRKjZgAkEoKw
#SinarLive #SinarHarian #MalaysiaBerintegriti #PerkasakanSuaraMalaysia