Lapan kedai berhampiran nasi kandar popular hangus

Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman bagi memastikan api dipadamkan keseluruhannya.
Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman bagi memastikan api dipadamkan keseluruhannya.
A
A
A

GEORGETOWN - Lapan buah kedai dua tingkat di Jalan Datuk Keramat di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku pada jam 8 malam, Khamis.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Timbalan Penguasa Bomba I, A'azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.04 malam berhubung kejadian berkenaan.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, didapati lapan buah kedai dua tingkat kelas A berdekatan sebuah restoran nasi kandar popular hangus terbakar.

"Ketika tiba di lokasi, api sedang marak di kelapan-lapan kedai tersebut yang berkeluasan 160X30 kaki persegi.

"Anggaran peratusan kebakaran semasa adalah sebanyak 90 peratus. Operasi pemadaman masih dijalankan ketika ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kata beliau, pihaknya mendapat bantuan daripada BBP Bagan Jermal, Bayan Baru, Bandar Perda, Paya Terubong, Sungai Bakap serta pasukan bomba sukarela berhampiran.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!