Mahkamah beri masa dua bulan kepada Azlan Man kemuka representasi

Azlan didakwa atas 10 pertuduhan iaitu masing-masing lima kes mengemukakan tuntutan palsu mencecah lebih RM1.18 juta dan kes menerima hasil daripada aktiviti haram (AMLA) berjumlah RM1.06 juta.
Azlan didakwa atas 10 pertuduhan iaitu masing-masing lima kes mengemukakan tuntutan palsu mencecah lebih RM1.18 juta dan kes menerima hasil daripada aktiviti haram (AMLA) berjumlah RM1.06 juta.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, memberi lanjutan masa selama dua bulan kepada bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man untuk melengkapkan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Representasi itu membabitkan isu untuk mengkaji semula masing-masing lima tuduhan mengemukakan tuntutan palsu mencecah RM1.18 juta dan kes menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM1.06 juta.

Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam, Burhanudeen Abdul Wahid yang mewakili bekas Ahli Dewan Undangan Bintong itu, supaya mahkamah memperuntukkan masa untuk mereka bersedia dengan permohonan berkenaan.

Azura kemudiannya menetapkan sebutan kes seterusnya pada 10 November depan, untuk pihak pembelaan memaklumkan perkembangan berhubung representasi itu.

Bagaimanapun, hakim berkata, sekiranya tiada perkembangan lanjut berhubung perkara tersebut, semua pihak perlu bersedia untuk memulakan perbicaraan kes.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Noralis Mat Rasyidah Azmi Kalai berkata, semua dokumen berkaitan kes telah diserahkan kepada pihak tertuduh namun, pihak pembelaan belum menghantar surat representasi kepada AGC.

Pada prosiding pada 9 Jun lalu, Azura membenarkan permohonan pendakwaan supaya semua pertuduhan yang dihadapi Azlan, didengar serta dibicarakan secara bersama di mahkamah ini.

Pada prosiding itu juga, mahkamah diberitahu pihak pembelaan akan menghantar representasi (untuk menimbangkan pertuduhan) kepada AGC.

Artikel Berkaitan:

Azlan didakwa atas 10 pertuduhan iaitu masing-masing lima kes mengemukakan tuntutan palsu mencecah lebih RM1.18 juta dan kes menerima hasil daripada aktiviti haram (AMLA) berjumlah RM1.06 juta.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!