Pengunjung mula banjiri Karnival Pendidikan Sinar Bestari
SHAH ALAM - Pengunjung mula membanjiri Dataran Karangkraf Seksyen 15 di sini sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang membuka tirai bermula hari ini dengan pelbagai acara menarik seawal jam 8.30 pagi hingga 7 malam nanti.
Penganjuran karnival selama tiga hari dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) itu menghimpunkan 100 pempamer dan lebih 50 aktiviti disediakan kepada pengunjung sehingga Ahad ini.
Karnival tersebut diadakan serentak bersama SinarPlus Makan Fest dan Jualan Gudang Karangkraf untuk pengunjung berhibur, belajar serta membeli-belah dalam masa yang sama.
Perasmian karnival akan disempurnakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada jam 3 petang ini disusuli program Town Hall Rakyat yang memberi peluang kepada penonton bertanyakan soalan kepada menteri.
Berikut adalah aturcara program hari pertama karnival tersebut:-
8.30 PAGI
- Program Al-Abrar Explorace
9 PAGI
- Program Lestarikan Alam bersama Indah Water Konsortium Sdn Bhd
- Pertandingan Bicara Berirama
- Program Penulis Cilik oleh SSTP, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
- Pertandingan Kawad Kaki
10 PAGI
- Pertandingan Pidato #alamsekitar x KDEB Waste Management
- Pertandingan Koir (sekolah rendah)
11.30 PAGI
- Pertandingan Koir (sekolah menengah)
12 TENGAH HARI
Istimewa bersama Bank Rakyat
12.30 TENGAH HARI
Tazkirah Kashoorga, Nur Ideaktiv Sdn Bhd -
2.30 PETANG
- Crossword Puzzle Competition Sinar Daily X Yayasan Selangor
- Program Apple Teacher oleh SSTP, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
3 PETANG
- Majlis Perasmian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek
3.30 PETANG
- Demonstrasi Pertunjukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
4 PETANG
-Town Hall Rakyat bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek
5 PETANG
- Demonstrasi Pertunjukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!