Bank Rakyat aktif beri penerangan pengurusan kewangan

Pelajar sekolah tidak melepaskan peluang menyertai Program Bijak Kewangan Bersama Bank Rakyat sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Jumaat.
Pelajar sekolah tidak melepaskan peluang menyertai Program Bijak Kewangan Bersama Bank Rakyat sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Pelajar sekolah perlu didedahkan dengan pengurusan kewangan supaya dapat membuat perancangan yang betul dalam mendepani situasi mencabar dan tidak dijangka apabila besar nanti.

Pegawai Jabatan Deposit Bank Rakyat, Ummizah Abu Zarin berkata, pengetahuan itu penting supaya dapat membezakan antara keperluan dan kehendak diri.

"Celik kewangan seawal usia kanak-kanak ini sangat penting supaya mereka belajar bagaimana untuk menguruskan kewangan ini secara berperingkat bermula di sekolah, universiti dan seterusnya apabila berkeluarga.

"Ilmu ini penting untuk didedahkan kerana statistik sebelum ini menunjukkan golongan muda berbelanja melebihi pendapatan yang diperoleh kerana ingin memenuhi kehendak diri dan agar sama seperti orang lain.

UMMIZAH
UMMIZAH

"Keadaan ini sebenarnya membimbangkan dan atas sebab itulah Bank Rakyat sentiasa berusaha memberi kesedaran kepada masyarakat termasuklah pelajar sekolah supaya bijak mengurus kewangan,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas selesai Program Bijak Kewangan Bersama Bank Rakyat sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Jumaat.

Jelas Ummizah, Bank Rakyat juga aktif menjalankan pelbagai aktiviti bagi memberi kesedaran kepada masyarakat pentingnya pengurusan kewangan yang betul dan menabung demi masa depan.

Artikel Berkaitan:

Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang merupakan karnival pendidikan terbesar di Selangor itu membuka tirai pada Jumaat dan berakhir Ahad ini.

Acara yang mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) itu menghimpunkan 100 pempamer dan lebih 50 aktiviti menarik.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!