Pantai Hospital Ampang sedia kiosk latihan CPR

Dr Zulkarnain (kanan) menunjukkan teknik CPR yang betul kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma, Hulu Langat, Selangor.
Dr Zulkarnain (kanan) menunjukkan teknik CPR yang betul kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma, Hulu Langat, Selangor.
A
A
A

SHAH ALAM - Kiosk latihan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) menjadi antara tarikan utama buat pengunjung reruai Pantai Hospital Ampang di Karnival Pendidikan Sinar Bestari dekat sini pada Jumaat.

Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan Pantai Hospital Ampang, Dr Zulkarnain Ahmad berkata, selain diberikan penerangan tentang teknik yang betul, pengunjung juga boleh belajar secara ‘hands-on’ dengan bimbingan doktor berpengalaman.

Menurutnya, ilmu CPR amat penting untuk diterapkan dan diajar kepada masyarakat terutamanya pelajar kerana ia antara pertolongan kecemasan asas apabila berlaku insiden yang tidak diingini.

Dr Zulkarnain
Dr Zulkarnain

“Disebabkan itu, kita memperkenalkan CPR Training Kiosk bagi memberi pendedahan kepada orang ramai. Mereka diajar teknik-teknik khususnya bila melibatkan kes tercekik kerana ia antara kes biasa yang dilaporkan tapi boleh menyebabkan kematian.

“Selain itu, kita menyediakan perkhidmatan kesihatan asas seperti tekanan darah, bacaan paras gula dan kolesterol dalam darah.

“Kita juga sedar tentang pentingnya pencegahan penyakit di peringkat awal. Dalam sesi ini juga, mereka akan diberi pendedahan tentang pentingnya kesihatan mental, menjaga aspek pemakanan dan melakukan aktiviti fizikal,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Dr Zulkarnain, sepanjang tiga hari karnival itu berlangsung, seramai lima petugas terdiri daripada doktor, jururawat dan staf akan bertugas pada satu-satu masa.

Artikel Berkaitan:

Dr Zulkarnain (tengah) menyantuni pengunjung yang hadir ke reruai Pantai Hospital Ampang.
Dr Zulkarnain (tengah) menyantuni pengunjung yang hadir ke reruai Pantai Hospital Ampang.

Sementara itu, beliau berkata, Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur merupakan salah satu daripada 16 hospital yang dikendalikan oleh Pantai Holdings Sdn Bhd (Pantai Group) iaitu anak syarikat IHH Healthcare Berhad (IHH).

Jelasnya, hospital berkenaan menempatkan 117 katil dan lebih 66 perunding perubatan yang pakar dalam perubatan dalaman, pembedahan ortopedik, pediatrik, otorinolaringologi (ENT), oftalmologi, pembedahan am, perubatan buah pinggang, gastroenterologi, kardiologi, obstetrik dan ginekologi serta banyak lagi.

“Kita juga menyediakan pakej pemeriksaan kesihatan asas yang lengkap serendah RM298 dan pakej-pakej lain seperti pemeriksaan jantung, kesihatan penghadaman, jantung (angio), pemeriksaan premium untuk lelaki dan wanita (berumur 40 tahun ke atas) serta pemeriksaan kesihatan untuk lelaki dan wanita di bawah 40 tahun.

“Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang Pantai Hospital, boleh datang ke reruai kami sepanjang tiga hari karnival ini berlangsung,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!