Berbuka di masjid jimat belanja

Majlis berbuka puasa anjuran pihak pengurusan Masjid Tebakang dengan kerjasama KRT Tebakang.
Majlis berbuka puasa anjuran pihak pengurusan Masjid Tebakang dengan kerjasama KRT Tebakang.
A
A
A

MARANG - Masyarakat khususnya belia perlu mengawal perbelanjaan ketika membeli juadah berbuka pada bulan puasa kerana ia akan memberi impak kepada perbelanjaan persediaan hari raya.

Pengerusi Persatuan Belia Setia Pakat (Sepakat), Abdul Karim Ibrahim berkata, alternatif terbaik mengurangkan kos perbelanjaan berbuka puasa adalah dengan berkunjung ke masjid-masjid utama.

"Selain mengimarahkan rumah ALLAH, kita juga tidak akan ketinggalan untuk solat berjemaah bermula dari waktu Maghrib hingga selesai solat sunat tarawih selepas berbuka puasa bersama.

"Mungkin tiada pilihan hidangan bufet lauk pauk pelbagai jenis tetapi apabila berbuka puasa bersama-sama, hidangan yang biasa itu sudah cukup mengenyangkan," katanya.

Abdul Karim Ibrahim
Abdul Karim Ibrahim

Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa di Masjid Tebakang.

Majlis dianjurkan pihak pengurusan masjid dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tebakang serta penduduk, semalam.

Artikel Berkaitan:

Abdul Karim berkata, rezeki di bulan puasa ini adalah cukup murah, di mana sahaja di masjid masjid utama di seluruh daerah mahu pun di kampung menyediakan majlis berbuka puasa dan bersahur.

Sehubungan itu, beliau menyarankan golongan belia agar mengunjungi rumah ALLAH itu untuk meningkatkan lagi amal ibadat selain mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan umat Islam.

"Jangan mengeluh mengenai kos barangan mahal di pasar untuk menyiapkan juadah berbuka atau bersahur, tetapi perkara utama perlu dirisaukan ialah aktiviti amal ibadat kita," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!