Segera perbetul kekeliruan Akta Hasutan 1948 - Musa Hassan
08 September 2023 | TikTok
A
A
A
BULETIN TIKTOK 8 SEPTEMBER 2023
Kerajaan menerusi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institut) digesa memperbetulkan kekeliruan masyarakat berkaitan penggunaan Akta Hasutan 1948 yang didakwa tidak mengandungi Akta Pindaan 2015 (Akta A1485).
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, perkara itu disedari selepas membeli buku Akta Hasutan 1948 terbitan daripada International Law Book Services (ILBS) untuk tujuan rekod dan bacaan kerana pendapat beliau sering diminta oleh wartawan untuk mengulas berkaitan isu 3R institusi beraja, agama Islam dan kaum.
Muzik: Night Rider 87-The Verge dari Artlist.co
#SinarHarian #BuletinTikTok #MusaHassan #AktaHasutan