Pameran agensi keselamatan meriahkan Karnival Pendidikan Sinar Bestari

Demonstrasi pameran dari Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia memeriahkan sambutan Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Dataran Karangkraf, Shah Alam pada Jumaat.
Demonstrasi pameran dari Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia memeriahkan sambutan Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Dataran Karangkraf, Shah Alam pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Orang ramai berpeluang menyaksikan pameran dan demonstrasi pertunjukan daripada agensi keselamatan negara bersempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Dataran Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam dekat sini bermula Jumaat hingga Ahad.

Antara agensi yang terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Penjara Malaysia.

Untuk info, agensi terbabit turut membuat pameran di reruai masing-masing.

PDRM membuat pameran berkenaan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) serta Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11).

Orang ramai berpeluang bergambar dan melihat lebih dekat aset milik PDRM dan JBPM di Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Dataran Karangkraf, Shah Alam.
Orang ramai berpeluang bergambar dan melihat lebih dekat aset milik PDRM dan JBPM di Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Dataran Karangkraf, Shah Alam.

Karnival ini turut memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai sendiri menaiki kenderaan yang digunakan pasukan badan uniform seperti jentera JBPM dan kereta peronda PDRM.

Selain itu, anggota petugas di reruai juga tidak lokek untuk berkongsi ilmu mengenai agensi masing-masing.

Sementara itu, pengunjung, Nur Ilham Ahmad, 36, berkata, karnival ini amat menarik untuk aktiviti keluarga.

Artikel Berkaitan:

Pengunjung tidak melepaskan peluang bergambar di pameran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Karnival Pendidikan Sinar Bestari, pada Jumaat.
Pengunjung tidak melepaskan peluang bergambar di pameran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Karnival Pendidikan Sinar Bestari, pada Jumaat.

"Saya sekeluarga datang pada jam 2 petang untuk melihat sendiri pameran agensi keselamatan selain demonstrasi pertunjukan seperti Unit Anjing Pengesan (K9) sebentar tadi.

"Nampak keterujaan anak-anak bila lihat pameran sebegini," katanya.

Bagi Mohamad Nazri Darus, 41, berkata, dia hadir ke karnival ini selepas melihat iklan di media sosial Sinar Harian.

Pengunjung tidak melepaskan peluang menaiki jentera bomba di Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Dataran Karangkraf.
Pengunjung tidak melepaskan peluang menaiki jentera bomba di Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Dataran Karangkraf.

"Saya, isteri dan dua anak gembira apabila banyak pameran daripada pelbagai agensi. Anak pun teruja melihat kemeriahan yang ada hari ini," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!