Penganggur didakwa subahat kes rogol adik ipar
08 September 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 8 SEPTEMBER 2023
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas satu pertuduhan bersubahat dalam kejadian rogol bergilir-gilir adik iparnya di sebuah rumah, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Azlida Alimin.
Mengikut pertuduhan, bapa kepada empat anak berusia 29 tahun itu, didakwa bersubahat dengan rakan-rakan sejenayah yang masih bebas, dengan cara memudahkan perbuatan rogol berkumpulan terhadap seorang wanita berusia 26 tahun, di sebuah unit pangsapuri di Wangsa Maju antara jam 2 hingga 3.30 pagi, 30 Ogos lalu.
Muzik: www.bensound.com