Israk Solutions sediakan pembelajaran alaf baru, lebih interaktif

A
A
A

Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang berlangsung selama tiga hari bermula 8 hingga 10 September ini menampilkan pelbagai pertandingan dan aktiviti menarik kepada para pengunjung.
Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang berlangsung selama tiga hari bermula 8 hingga 10 September ini menampilkan pelbagai pertandingan dan aktiviti menarik kepada para pengunjung.

SHAH ALAM- Syarikat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), Israk Solutions Sdn Bhd (Israk Solutions) menyediakan pembelajaran hibrid alaf baru yang lebih interaktif sesuai dengan keperluan semasa pendidikan di sekolah.

Pengurus Pembangunan Perniagaannya, Nadiah Mohd Hashim berkata, Karnival Pendidikan Sinar Bestari menjadi platform terbaik pelajar dan golongan kanak-kanak meneroka lebih banyak ilmu dengan pembelajaran berbentuk hibrid.

Menurutnya, setakat ini lebih 300 buah sekolah menggunakan produk mereka seiring dengan hasrat kerajaan bagi memacu pendidikan digital dalam kalangan pelajar.

NADIAH
NADIAH

“Ini merupakan pembelajaran alaf baru yang bukan sahaja membantu pelajar malah ia memudahkan guru-guru untuk berinteraksi secara maya dengan anak murid mereka.

“Antara kemudahan yang kami sediakan adalah Arvia Smart Board yang digunakan kebanyakkan sekolah termasuk skrin sentuh yang lebih lancar,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang berlangsung selama tiga hari bermula 8 hingga 10 September ini bakal menampilkan pelbagai pertandingan dan aktiviti menarik kepada para pengunjung.

Karnival Pendidikan Sinar Bestari menjadi platform terbaik pelajar dan golongan kanak-kanak meneroka lebih banyak ilmu dengan pembelajaran berbentuk hibrid.
Karnival Pendidikan Sinar Bestari menjadi platform terbaik pelajar dan golongan kanak-kanak meneroka lebih banyak ilmu dengan pembelajaran berbentuk hibrid.

Bermula jam 9 pagi hingga 7 malam, ia terbuka kepada semua pengunjung secara percuma bagi merasai sendiri pengalaman pendidikan digital selaras dengan tema karnival iaitu Memacu Pendidikan Generasi Digital.

Mengulas lanjut, Nadiah berkata, sepanjang karnival berlangsung pelajar dan pengunjung turut berpeluang mencuba beberapa permainan digital.

Ujarnya, pendedahan teknologi pembelajaran hibrid bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada pelajar, tetapi juga memberi pendedahan pendidikan masa hadapan negara.

Pelajar mengunjungi ruang reruai Israk Solutions untuk mencuba pelbagai aktiviti.
Pelajar mengunjungi ruang reruai Israk Solutions untuk mencuba pelbagai aktiviti.

“Pengunjung sangat ramai dan mereka seronok datang ke ruang pameran kami untuk mencuba pelbagai permainan digital yang sedia ada.

“Kalau tengok hari ini yang datang mereka teruja dapat cuba permainan video interaktif yang kami sediakan dan berpeluang menang pelbagai hadiah menarik,” katanya.

Orang ramai boleh layari laman web rasmi https://www.israk.my/ untuk maklumat lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!