'Saya berkempen untuk calon yang saya suka' - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

BATU PAHAT - "Saya bukan calon. Saya berkempen untuk calon yang saya suka,"

Demikian reaksi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi mengulas mengenai laporan polis daripada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada Khamis yang mendakwa ucapannya pada program lawatan ke Projek Perumahan Rakyat (PPR), Melana Indah Fasa 1, Ahad lalu didakwa berbaur 'sogokan. '

Menurutnya, sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam desa dan wilayah, beliau mempunyai kemampuan serta tanggungjawab untuk memberikan sesuatu yang baik bagi seluruh penduduk di kawasan berkenaan, terutamanya di kawasan Bakri dan Simpang Jeram.

Malah beliau berkata, pihaknya juga berharap pihak polis melakukan siasatan jika mendapati dirinya melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Saya merasakan tidak ada kesalahan yang saya lakukan dan saya harap disiasat oleh polis sekiranya ada (melakukan kesalahan).

"Saya, tentunya sebagaimana mereka yang menawarkan syurga lagi... ambil kerja ALLAH SWT atau mengugut kita mengundi calon yang mereka tidak sukai masuk neraka, hukumnya haram, yang itu patut disiasat dulu bukan saya," katanya pada sidang akhbar setelah menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Usahawan Wanita di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dekat sini pada Jumaat.

Pada Khamis, Pada Khamis, Pengerusi Bersih, Thomas Fan, membuat laporan polis terhadap Ahmad Zahid yang mendakwa ucapannya berbaur sogokan kepada pengundi bagi kawasan Parlimen Pulai dengan cuba mempengaruhi mereka

apabila mengatakan projek penambahbaikan PPR tersebut akan di teliti dan diluluskan dengan syarat calon Pakatan Harapan (PH), perlu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK), Pulai.

Artikel Berkaitan:

Ahmad Zahid pada sidang akhbar setelah menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Usahawan Wanita di MRSM Batu Pahat pada Jumaat
Ahmad Zahid pada sidang akhbar setelah menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Usahawan Wanita di MRSM Batu Pahat pada Jumaat

Tambahnya lagi, sekiranya calon PH tidak menang pada PRK kali ini, permohonan daripada Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berhubung penambahbaikan berkenaan akan 'ditengok' (teliti), semula.

Mengulas mengenai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada Sabtu, Ahmad Zahid berkata, pengundi di Johor telah matang dan menolak kempen parti yang menabur fitnah, memainkan isu agama, bangsa dan institusi DiRaja (3R) pada PRK kali ini.

Katanya, semua pihak telah berkempen dengan sebaiknya bagi membantu calon Kerajaan Perpaduan mendapatkan semula mandat di kedua-dua kawasan berkenaan.

"Tarikh 9 September penting... Semua dah berkempen dengan sebaiknya untuk diberikan mandat semula.

"Kita harapkan di saat akhir janganlah ada yang termakan dengan pujukan jika ada tawaran diberikan (kepada mereka) dan seterusnya memastikan kemenangan kepada calon Kerajaan Perpaduan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!