Guru jadikan murid sebagai kandungan media sosial bakal berdepan tindakan

Fadhlina (duduk tengah) bercakap kepada pemberita selepas sesi Town Hall Sinar Harian bersama Menteri Pendidikan pada Jumaat. - Foto: SINAR HARIAN/ MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Fadhlina (duduk tengah) bercakap kepada pemberita selepas sesi Town Hall Sinar Harian bersama Menteri Pendidikan pada Jumaat. - Foto: SINAR HARIAN/ MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
A
A
A

SHAH ALAM - Guru yang menjadikan pelajar sebagai kandungan media sosial bakal berdepan dengan tindakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kementerian tidak akan berkompromi terhadap sebarang isu pelanggaran garis panduan penglibatan murid di dalam media sosial.

"Sekiranya garis panduan itu tidak dipatuhi dan ada aduan, tindakan boleh diambil," katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi Town Hall Sinar Harian bersama Menteri Pendidikan di sini pada Jumaat.

Media sebelum ini melaporkan ibu bapa resah dan menyelar tindakan segelintir guru menggunakan anak murid sebagai kandungan untuk dimuat naik ke akaun laman sosial mereka demi mengejar populariti dan mendapat habuan peribadi.

Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) juga dilapor menerima sekurang-kurangnya satu aduan sehari daripada ibu bapa mengenai anak mereka yang dijadikan kandungan peribadi media sosial guru.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!