Belanjawan 2024: KKM teruskan usaha reformasi sistem kesihatan negara

Dr Zaliha
Dr Zaliha
A
A
A
PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneruskan usaha reformasi sistem kesihatan negara melalui Belanjawan 2024 yang bakal dibentangkan Oktober ini bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan rakyat di samping menjana perkembangan ekonomi negara.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, semua input yang diterima pada sesi Dialog Belanjawan 2024 KKM semalam akan dipertimbangkan dalam penyediaan Belanjawan 2024.

Beliau berkata, dialog berkenaan melibatkan 96 pemegang taruh daripada pelbagai sektor industri seperti perkhidmatan sokongan hospital, farmaseutikal, teknologi maklumat dan peranti perubatan.

"Penganjuran dialog ini merupakan usaha kerajaan dalam merangka Belanjawan 2024 yang bersifat inklusif dan mampan, selari dengan prinsip-prinsip diutarakan Ekonomi MADANI," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!