Kanak-kanak tadika maut, bapa parah

Keadaan motosikal yang ditunggang bapa mangsa dalam kejadian kemalangan di kilometer 16 Jalan Sua Betong- Air Kuning pada Khamis. Keadaan lokasi sebaik kejadian berlaku.
Keadaan motosikal yang ditunggang bapa mangsa dalam kejadian kemalangan di kilometer 16 Jalan Sua Betong- Air Kuning pada Khamis. Keadaan lokasi sebaik kejadian berlaku.
A
A
A

PORT DICKSON - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang baru pulang dari tadika maut, selepas motosikal yang ditunggang bapanya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di kilometer 16 Jalan Sua Betong- Air Kuning dekat sini pada Khamis.

Ketua Polis daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa, Muhammad Shaheizy Iman Muhammad Shazrein disahkan meninggal dunia di Zon Merah Hospital Port Dickson.

Menurutnya, kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu berlaku ketika penunggang motosikal yang merupakan juruteknik Ladang Sua Betong dalam perjalanan pulang dari mengambil anaknya dari Pasti Al Hasan, Taman Desa Port Dickson sebelum terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di pandu lelaki warga Singapura, berusia 33 tahun.

"Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kedua-dua kenderaan itu bergerak dari arah Air Kuning menghala ke Sua Betong.

"Sebaik tiba di lokasi, kereta berkenaan sedang memotong kenderaan di hadapannya lalu melanggar bahagian tepi kanan motosikal yang sedang membelok ke simpang kanan menghala ke Ladang Sua Betong," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Lelaki warga Singapura direman tiga hari susulan kejadian.
Lelaki warga Singapura direman tiga hari susulan kejadian.

Aidi Sham berkata, akibatnya penunggang mengalami kecederaan patah bahu dan kaki kanan manakala pemboncengnya meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

"Pemandu kereta berkenaan pula tidak mengalami sebarang kecederaan. Saringan awal ujian air kencing terhadap pemandu terbabit negatif dan ujian pernafasan menunjukkan tiada kandungan alkohol dalam darah.

Artikel Berkaitan:

"Lelaki itu telah direman selama tiga hari bermula hari ini dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Justeru, polis meminta saksi kejadian tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak mengeluarkan sebarang spekulasi berhubung kejadian.

Ia berikutan tular dakwaan di media sosial bahawa kemalangan berlaku disebabkan kereta yang terlibat berlumba sebelum melanggar sebuah motosikal di hadapannya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!