JIPS siasat kematian tahanan di IPD Kuala Muda

Seorang lelaki ditahan berhubung kes dadah meninggal dunia selepas mengadu sakit ketika proses dokumentasi di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Kuala Muda, Kedah, pada Khamis. - Gambar hiasan
Seorang lelaki ditahan berhubung kes dadah meninggal dunia selepas mengadu sakit ketika proses dokumentasi di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Kuala Muda, Kedah, pada Khamis. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan berhubung kes dadah meninggal dunia selepas mengadu sakit ketika proses dokumentasi di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda, Kedah, pada Khamis.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, lelaki berusia 39 tahun itu telah ditahan pada Khamis di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, semasa proses dokumentasi, Orang Kena Tahan (OKT) itu mengadu sakit dan pihak IPD menghubungi pihak hospital.

"Pegawai perubatan dari Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah, hadir dan mengesahkan kematian.

"Bedah siasat dilaksanakan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada jam 10 pagi tadi dan ujian pengesanan Covid-19 ke atas OKT adalah negatif,” katanya dalam kenyataan di sini, malam Jumaat.

Azri berkata, punca kematian belum dapat disahkan (pending laboratory investigations).

"Sementara menunggu keputusan makmal, kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Menurutnya, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian dalam Tahanan, JIPS akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!