'Perjuangan UMNO kini hanya untuk selamatkan Ahmad Zahid - Tun M

Dr Mahathir ketika berucap pada Grand Finale Ceramah Mega PN di Taman Kempas Utama, di sini pada Jumaat malam.
Dr Mahathir ketika berucap pada Grand Finale Ceramah Mega PN di Taman Kempas Utama, di sini pada Jumaat malam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Perjuangan UMNO kini didakwa bukan lagi untuk orang Melayu sebaliknya lebih terarah kepada Presiden UMNO, Datuk Dr Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, saki baki orang UMNO yang ada sepatutnya meninggalkan parti itu kerana sudah tiada harapan lagi dan sukar bangkit.

"UMNO dulu begitu gah dan kuat di mata orang Melayu, namun selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Pilihan Raya Negeri (PRN), lihatlah berapa kerusi yang parti ini dapat. Cukup menyedihkan.

"UMNO sekarang bukan berjuang untuk agama, bangsa dan negara, tapi hanya untuk selamatkan Zahid Hamid.

"Perjuangan UMNO sekarang hanya nak lepaskan Zahid sahaja. Zahid kata saya nak hancurkan UMNO, tapi yang hancurkan UMNO adalah pemimpinnya sendiri, iaitu Zahid," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Grand Finale Ceramah Mega PN di Taman Kempas Utama, di sini pada Jumaat malam.

Hadir sama, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Tun Dr Mahathir Mohamed; Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!