Kemangkatan Tunku Ampuan Najihah
08 September 2023 10:57pm
Masa membaca: 4 minit
Pasukan penarik pedati 1 Briged Pangkalan Udara Sendayan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membawa jenazah Almarhumah bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin menggunakan pedati Diraja ke Makam Diraja Seri Menanti sejauh kira-kira 200 meter bagi Istiadat Pemakaman hari ini.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir (tiga, kiri) dan Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud (empat, kiri) berkenan mengaminkan bacaan doa yang dipimpin oleh Imam Eksekutif Masjid Diraja Tuanku Munawir, Abdul Rahman Ibrahim (dua, kanan) pada Istiadat Pemakaman jenazah Almarhumah bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin di Makam Diraja Seri Menanti hari ini.
Rakyat Negeri Sembilan berduka di atas kemangkatan Tunku Ampuan Najihah hari ini pada usia 100 tahun, yang sangat dekat di hati mereka.
Tunku Ampuan Najihah menghembuskan nafas terakhir pada 6.53 pagi tadi, di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur.