Hari kedua Karnival Pendidikan Sinar Bestari dijangka lebih meriah

A
A
A

SHAH ALAM - Karnival Pendidikan Sinar Bestari (KPSB) yang masuk hari kedua hari ini dijangka lebih meriah dengan kehadiran pengunjung yang memanfaatkan cuti hujung minggu.

Bertemakan 'Memacu Pendidikan Generasi Digital', acara bermula jam 9 pagi hingga 7 malam itu menyaksikan sambutan luar biasa pada hari pertama semalam, dengan kehadiran rombongan dari sekolah-sekolah sekitar Lembah Klang termasuk dari luar.

Kemeriahan pada hari pertama Karnival Pendidikan Sinar Bestari pada Jumaat.
Kemeriahan pada hari pertama Karnival Pendidikan Sinar Bestari pada Jumaat.

Semangat luar biasa pihak sekolah yang sanggup menyewa bas persiaran bagi memudahkan pergerakan pelajar ke karnival ini wajar dipuji.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang hadir merasmikan karnival menyifatkan penganjuran tersebut sebagai platform memperkasakan agenda pendidikan digital negara selari dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

No Image Caption

Dalam pada itu, pengurus acara, Khairil Fithry Mustapha berkata, pihaknya akan memastikan perjalanan acara pada hari ini lebih lancar memandangkan jangkaan lebih ramai ibu bapa hadir bersama anak-anak selain rombongan pelajar sekolah.

KPSB menyaksikan pelbagai pameran dan aktiviti menarik antaranya Mini Zoo, Rumah Hantu dengan harga tiket RM2, Uji Bakat TV PSS, Pemeriksaan Kesihatan dan Gigi serta Kereta Kuda.

Artikel Berkaitan:

Rumah Hantu dengan harga tiket serendah RM2.
Rumah Hantu dengan harga tiket serendah RM2.

Acara ini turut menarik penyertaan pempamer menerusi reruai iaitu AirAsia Academy, Petrosains dan zoo mini Farm In The City, Planetarium Negara, Farm Fresh, AirAsia Academy, Grup Buku Karangkraf, Petrosains, Les’ Copaque, AEON BiG Sdn Bhd (AEON BiG), Bank Muamalat, Bank Simpanan Nasional, dan Co-opbank Pertama (CBP).

Selain itu, reruai Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Farm Fresh Selangor, Wardah dari Pharmacore Technology & Innovation, Able Perfect Sdn Bhd dan lain-lain turut dibuka sepanjang karnival.

Pengunjung berpeluang merasai sendiri pengalaman menaiki jentera pasukan keselamatan negara.
Pengunjung berpeluang merasai sendiri pengalaman menaiki jentera pasukan keselamatan negara.

Dalam masa sama, Jualan Gudang Karangkraf masih berlangsung sehingga 10 September ini dengan menawarkan potongan harga sehingga 80 peratus bagi buku-buku terpilih.

Orang ramai masih berpeluang untuk membeli buku dan menyertai projek C.S.I. yang berjalan serentak dengan KPSB.

Pengunjung juga boleh mendapatkan akhbar Sinar Harian di Karnival Pendidikan Sinar Bestari.
Pengunjung juga boleh mendapatkan akhbar Sinar Harian di Karnival Pendidikan Sinar Bestari.

Berikut merupakan atur cara pada hari kedua yang bakal menarik perhatian:

9 pagi - Pertandingan Dikir Barat Sekolah Rendah, Kids Quran Hour dan Pertandingan Bola Keranjang Sinar Bestari

10 pagi - Pertandingan Penglipur Lara Cilik #alamsekitar X KDEB Waste Management

11 pagi - Pertandingan Dikir Barat bagi Sekolah Menengah

12.30 tengah hari - Perkongsian Bersama Pakar Nutrisi dan Pemakanan Seimbang oleh Nursyafiqah Nazirmuddin dari Pantai Hospital Klang

1 tengah hari - Penyampaian Hadiah Explore Fun #RasuahBusters X Tourism Selangor dan Perkongsian Kerjaya Dunia Animasi Les' Copaque

1.30 tengah hari - Demonstrasi Pertunjukan Jabatan Penjara Malaysia dan Sesi Pengguna Bijak bersama Lotus's Malaysia

2 petang - Pertandingan Sinar Bestari Got Talent (Akhir) dan Pertandingan Bercerita Kisah Sirah Nabi oleh Grup Buku Karangkraf

5 petang - Demonstrasi Pertunjukan Bomba dan Penyelamat Malaysia

6 petang - Penyampaian Hadiah Pertandingan Bola Keranjang Sinar Bestari

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!