Gempa bumi 7.0 skala Richter landa Maghribi

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

RABAT - [DIKEMAS KINI] Gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter menggegarkan Maghribi pada 11.11 malam waktu tempatan (2211 GMT) Jumaat, menurut Kajian Geologi AS.

Pusat gempa dengan kedalaman 18.5 kilometer ditentukan pada 31.11 darjah utara dan 8.44 darjah barat, kira-kira 70 kilometer barat daya Marrakesh.

Selepas kejadian, penduduk Fes di sebuah bandar di utara Maghribi, meninggalkan rumah mereka dan berkumpul di jalan raya kerana bimbang berlakunya gegaran susulan, lapor Xinhua.

Gempa bumi dirasai di banyak bandar di seluruh Maghribi, termasuk Rabat dan Casablanca.

Banyak kediaman runtuh di bandar Taroudant dan Marrakesh, lapor media tempatan. - Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!