Liverpool ke Molineux tanpa khidmat Virgil van Dijk

Van Dijk (kiri) ketika insiden di St James'Park pada 27 Ogos lalu. - Foto: Agensi
Van Dijk (kiri) ketika insiden di St James'Park pada 27 Ogos lalu. - Foto: Agensi
A
A
A

KAPTEN sensasi Liverpool, Virgil van Dijk dikenakan penggantungan satu lagi perlawanan selepas didapati menggunakan kata-kata kesat terhadap pengadil ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Newcastle United di St James'Park, 27 Ogos lalu.

Selain itu, Persatuan Bolasepak Inggeris turut mengenakan didenda 100,000 pound (RM585.66 juta) terhadap pemain pertahanan terbabit.

"Pemain pertahanan, Virgil van Dijk mengakui bertindak tidak sopan dan menggunakan kata-kata kesat terhadap pegawai perlawanan selepas dibuang padang pada minit ke-29 di Stadium St James'Park, 27 Ogos lalu.

"Suruhanjaya peraturan bebas memutuskan penggantungan tambahan ini. Kenyataan bertulis penuh kes ini akan dikeluarkan dalam masa terdekat...," kata Persatuan Bolasepak Inggeris.

Van Dijk sebelum itu dikenakan penggantungan ketika Liverpool meraih kemenangan 3-0 ke atas Aston Villa di Anfield pada 3 September lalu.

Kini pertahanan Belanda berusia 32 tahun itu terlepas rombongan angkatan Jurgen Klopp ke Stadium Molineux bagi perlawanan menentang Wolverhampton, 16 September ini.

Tonggak pertahanan The Reds itu dilayangkan kad merah selepas menghalang percubaan menjaringkan gol dengan mengasari pemain Newcastle, Alexander Isak.

Namun selepas itu dia kemudian mempersoalkan keputusan pengadil, John Brookes dan penolong pengadil, Craig Pawson apabila menyifatkan keputusan itu sebagai tidak masuk akal.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!