30 maut dalam gempa bumi di Maghribi
RABAT - Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dalam gempa bumi kuat yang melanda Maghribi pada malam Jumaat, lapor media tempatan.
Lebih 20 kematian dilaporkan di bandar pelancongan Marrakech, 320 km selatan ibu kota Rabat, dan empat di wilayah Ouarzazat, manakala jumlah korban dijangka meningkat, lapor Xinhua.
Gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter melanda Maghribi pada 11.11 malam waktu tempatan (2211 GMT), dengan pusat gempa sedalam 18.5 km kira-kira 70 km barat daya Marrakesh.
Gempa bumi dirasai di kebanyakan bandar di seluruh Maghribi, termasuk Rabat dan Casablanca. - Bernama-Xinhua
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!