Tiga jari inai merah, satu jari 'inai' ungu

Muhammad Nur Aizat tidak melepaskan peluang menunaikan tanggungjawab untuk mengundi setelah selesai akad nikah, pada Sabtu.
Muhammad Nur Aizat tidak melepaskan peluang menunaikan tanggungjawab untuk mengundi setelah selesai akad nikah, pada Sabtu.
A
A
A

MUAR - "Hari ini inai di jari saya ada dua warna, tiga jari di tangan kanan berwarna merah dan jari telunjuk kiri berwarna ungu."

Itu reaksi pengantin baharu, Muhammad Nur Aizat Fuad, 25, yang tidak melepaskan peluang menunaikan tanggungjawab untuk mengundi setelah selesai akad nikah, pada Sabtu.

Menurutnya, biarpun terpaksa meninggalkan seketika majlis 'raja seharinya', namun demi tanggungjawab, dia sanggup.

"Saya memang tak jangka hari nikah sama dengan hari mengundi, sebab dah rancang lama.

"Sebab itulah saya dan isteri buat keputusan untuk tinggalkan sekejap majlis untuk keluar mengundi.

"Tempat mengundi kami pun berlainan, isteri di Batu 6 dan saya pula di sekolah ini," katanya ketika ditemui selepas selesai membuang undi, pada Sabtu.

Muhammad Nur Aizat memberitahu ini kali kedua dia menunaikan tanggungjwab sebagai pengundi.

"Tak sangka kena mengundi pula pada hari kahwin saya.

Artikel Berkaitan:

"Selepas akad nikah, ibu hantar ke sini untuk saya tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!