'Tolong cap pasport saya' - Raja Permaisuri Agong 'usik' pegawai imigresen
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meneruskan jelajah Kembara Kenali Borneo hari ini dengan berangkat tiba di Pos Kawalan Imigresen ICQS Sungai Tujuh, Miri, Sarawak dari Brunei Darussalam pada jam 12.10 tengah hari tadi.
Kembara Kenali Borneo yang memasuki hari ketujuh pada Sabtu, juga terus diserikan dengan kemesraan pasangan diraja yang dilihat melalui proses imigresen sebelum meneruskan perjalanan ke Sarawak.
Dari Pos Kawalan Imigresen itu, Seri Paduka Baginda berdua dan rombongan Kembara Kenali Borneo meneruskan pengembaraan ke Bandar Raya Miri.
Menerusi hantaran di laman media sosial rasmi Istana Negara, Seri Paduka berdua dilihat berkenan menyerahkan pasport baginda berdua kepada seorang pegawai imigresen sambil berseloroh memohon untuk dicap.
Usikan itu turut disambut gelak ketawa oleh mereka yang hadir.
Rata-rata komen yang dikongsikan oleh warga net teruja dengan penampilan Seri Paduka berdua dan mendoakan kesejahteraan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raya Permaisuri Agong.
Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 September bermula di Tawau, Sabah dan akan berakhir di Telok Melano, Sarawak adalah program penjelajahan sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -JKKK diminta guna dana SejaTi Madani untuk majukan komuniti - Fadillah
22 Disember 2024 06:39pmPM berduka, rakam takziah kepada keluarga aktivis gerakan Islam Mesir Youssef Nada
22 Disember 2024 05:34pmThailand hormati keputusan Malaysia tutup pangkalan haram di sempadan
22 Disember 2024 04:55pmSinar Harian adakan Jelajah Sinar Untuk Rakyat di Perlis
22 Disember 2024 04:42pm18 polis Indonesia ditahan lakukan pemerasan terhadap rakyat Malaysia
22 Disember 2024 07:30amJojo mahu tuntut bela kekalahan abang di tangan Estupinan
22 Disember 2024 07:40amTerpaksa jual kambing serendah RM400 seekor untuk beli perabot
22 Disember 2024 08:10amPas pertikai tindakan PM mahu adakan PRU lebih awal
22 Disember 2024 01:14pmKongsi 50:50 dengan China
22 Disember 2024 08:30am