Explore-Fun Rasuah Busters X Tourism Selangor uji peserta

Para peserta dan penganjur merakamkan kenangan berlatar belakangkan mural Rasuah Busters sebelum memulakan pertandingan pada Sabtu.
Para peserta dan penganjur merakamkan kenangan berlatar belakangkan mural Rasuah Busters sebelum memulakan pertandingan pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Penganjuran pertandingan Explore Fun Rasuah Buster X Tourism Selangor, yang berlangsung pada Sabtu sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari 2023, menghangatkan lagi ‘pesta’ karnival berkenaan.

Pengurus Strategi Korporat Tourism Selangor, Halim Hamdan berkata, penganjuran dengan kerjasama Rasuah Busters itu menarik perhatian ramai peserta bagi lebih mengenali Selangor terutamanya bandaraya Shah Alam yang merupakan antara ibu negeri termaju di Malaysia dan Rasuah Busters itu sendiri.

Jelasnya, peserta yang menyertai pertandingan itu perlu meneroka beberapa tempat-tempat menarik tumpuan pelancong di Shah Alam.

Halim Hamdan
Halim Hamdan

“Peserta dikehendaki menyelesaikan tugasan mereka di empat lokasi terpilih iaitu di Masjid Negeri Selangor, Muzium Kesenian Islam, Taman Persahabatan Selangor-Jepun Majlis Badaraya Shah Alam di Seksyen 14 dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Raja Tun Uda Seksyen 13.

“Mereka juga peserta (berkumpulan) diberi tugasan menarik berkaitan maklumat pelancongan Selangor dan mempromosi Rasuah Buster dengan menghasilkan video TikTok berserta #PusingSelangorDulu dan #RasuahBuster,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Pertandingan Explore Fun Rasuah Buster X Tourism Selangor, menarik penyertaan seramai 23 peserta.

Para peserta yang menyertai perlumbaan itu perlu menghabiskan tugasan dengan kecepatan masa selain menyelesaikan tugasan di tempat lokasi yang ditetapkan ditetapkan penganjur.

Artikel Berkaitan:

Juara... Kumpulan 3+1 yang terdiri daripada Afif Baihaqi, Noor Atikah Ahmad Jailani, Noor Nabilah Ahmad Jailani dan Noor Amira Ahmad Jailani dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama.
Juara... Kumpulan 3+1 yang terdiri daripada Afif Baihaqi, Noor Atikah Ahmad Jailani, Noor Nabilah Ahmad Jailani dan Noor Amira Ahmad Jailani dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama.

Kumpulan 3+1 yang terdiri daripada Afif Baihaqi, Noor Atikah Ahmad Jailani, Noor Nabilah Ahmad Jailani dan Noor Amira Ahmad Jailani dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama.

Sementara kumpulan Beauties And The Beast dianggotai Mariana Ab Manan, Muhamad Lutfi Mohamad Zaki, Nurnabilah Razali, Faridah Hassan dan Mahfuzah Abdul Rahman muncul naib juara.

Dalam pada itu, kumpulan Sumandak yang dianggotai oleh Farah Wahidah Ali, Fadzilah Nasrin, Nurul Syahamah Ros Ahmad, Nur Syaidatul Faezah Zainudin dan Norlin Tugiman dinobatkan pemenang ketiga.

Manakala kumpulan Gema tempat keempat dan kumpulan Jojie Cat tempat kelima.

Hadiah disumbangkan oleh Tourism Selangor, Menteri Besar Selangor Incorporated, Mahsuri Dagang Sdn Bhd, Syarikat faiza Sdn Bhd, Air Asia dan Hotel Concorde Shah Alam.

Para pemenang menerima pakej penginapan, Air Asia Rewards points, baucar taman tema, hamper dan pelbagai lagi hadiah menarik sumbangan penaja bernilai lebih RM3,000.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (Rasuah Busters), Nurhayati Nordin ketika memberi penerangan kepada peserta sebelum bermulanya perlumbaan pada Sabtu.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (Rasuah Busters), Nurhayati Nordin ketika memberi penerangan kepada peserta sebelum bermulanya perlumbaan pada Sabtu.

Sementara itu, menyentuh mengenai sinergi kerjasama antara pihaknya dan Rasuah Busters Halim menegaskan, bahawa Tourism Selangor senantiasa komited melawan rasuah.

Katanya, usaha berkenaan telah berlangsung sejak lama dan ia terus diperkasakan dari semasa ke semasa.

“Sebagai agensi yang telah melafazkan ‘Ikrar Bebas Rasuah’ seawal tahun 2020, Tourism Selangor bertekad bawa bebas rasuah bukan perkara retorik dan seharusnya menjadi amalan asas kepada semua kakitangan Tourism Selangor dan pihak-pihak pemegang taruh industri pelancongan.

“Melihat keterlibatan program bersama Rasuah Buster ini sebagai suatu perkara yang seharusnya menjadi pemangkin kepada industri pelancongan, khususnya di negeri Selangor menjadikan integriti dan menolak rasuah sebagai tonggak dalam menjana perniagaan mereka dan seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan rakyat,” katanya.

Tambahnya, aktiviti-aktiviti kesedaran mencegah rasuah melalui pengurusan acara-acara yang mudah mendekati kumpulan sasar akar umbi mahupun pendiri-pendiri perniagaan yang sentiasa terdedah kepada risiko amalan rasuah.

Terdahulu, Tourism Selangor sebagai agensi rasmi mempromosi pelancongan negeri Selangor merupakan subsidiari di bawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI Selangor) antara salah satu misinya ialah memberikan maklumat tepat dan benar berkaitan pelancongan negeri Selangor termasuklah maklumat produk-produk pelancongan yang bertapak di dalam negeri Selangor.

Antara piagam mereka ialah hanya mempromosi produk-produk pelancongan berlesen dari pihak-pihak bertanggungjawab seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi-agensi penguatkuasa negeri mahu pun Persekutuan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!